News

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh pelajar-pelajar antaranya Expressive Arts – The Connection With Nature (mendaki bukit dan merentas hutan, refleksi pengalaman di hutan dan kerja berkumpulan dalam bentuk ‘arts drawing’ untuk perancangan strategic DPP TM 2016), pembentangan perancangan kewangan aktiviti pelajar, bacaan yassin dan ‘khinestetic movemen’t melalui senaman pagi.

Program-program tersebut telah berjaya mencungkil bakat-bakat terpendam pelajar-pelajar DPP TM disamping memantapkan idea kreatif dan kritis untuk pembangunan diri dan aktiviti mahasiswa. Banyak idea-idea baharu dan berkualiti diterjemahkan secara ‘experiential learning’ melalui lukisan secara individu mahupun berkumpulan.

Pengetua DPP TM, Dr. Azizah Abdullah menzahirkan rasa bersyukur dengan kejayaan mengaplikasi pendekatan ‘expressive arts’ dalam konteks pembangunan mahasiswa. Beliau turut berbangga dengan semangat kerja berpasukan yang ditonjolkan oleh pelajar-pelajar DPP TM sepanjang program ini berlangsung, dan juga turut mendapat kerjasama mantap daripada penolong-penolong pengetua DPP TM.

Pengarah program, Saudara Kamal Hosny Md Isa berkata, program SLC kali ini berjaya membentuk satu ikatan organisasi yang kuat untuk mereka merancang aktiviti sepanjang semester. Katanya lagi, semoga dengan kejayaan program ini menberi impak positif kepada JKPS DPP TM untuk terus maju dan mengharumkan nama DPP TM pada masa akan dating.

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Pada 12 Mac 2016 yang lalu, Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa DPP TM (JKPS DPP TM) telah menganjurkan Program Road Show DPP TM di Dewan DPP TM.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pengetua, Penolong-penolong Pengetua, Barisan JKPS, Resident Assistant dan Ketua Blok di DPP TM kepada semua pelajar terutamanya pelajar-pelajar baharu. Disamping itu, taklimat berkaitan tatatertib dan peraturan DPP juga turut diberikan kepada semua pelajar oleh Pengetua, Dr. Azizah Abdullah.

Program ini juga membuka peluang kepada pelajar-pelajar untuk merancang aktiviti yang mereka ingin sertai, memberi pendedahan terhadap program-program yang telah dirancang didalam almanak aktiviti pelajar untuk sepanjang semester.

Menurut Pengarah Program, Saudara Afiq Fahmi Setia Negara, program ini bukan sahaja untuk memperkenalkan barisan kepimpinan DPP TM kepada para pelajar, tetapi juga untuk menyalurkan pelbagai maklumat penting berkaitan peraturan DPP dan perancangan aktiviti pelajar.

Pengetua DPP TM, Dr. Azizah Abdullah dalam ucapannya berharap agar pelajar-pelajar DPP TM dapat memberikan kerjasama kepada setiap perancangan program yang akan dijalankan dan mengambil berat hal-hal berkiatan peraturan DPP dan Universiti umumnya.

Page 3 of 3

Search

Contact Us

Inapan Siswa TM,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4413 / 4414
Fax : 04-928 4412
Emel: dpptmgroup[@]uum[dot]edu[dot]my

Operation Hour

Sunday - Wednesday:
8.00am - 5.00pm

Thursday:
8.00am - 3.30pm

Lunch Hour:1.00pm - 2.00pmClose: Friday , Saturday & Public Holiday

 

Visitor Counter

Today25
Yesterday30
This week105
This month543
Total2797