News

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

30 PELAJAR DPP TM HADIRI KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI

Oleh: Siti Rohana Zainal Abidin
Foto oleh: Ritchie Anak Jewter

HEP Online: Seramai 30 orang pelajar Dewan Penginapan Pelajar Telekom Malaysia (DPP TM) telah menghadiri Kursus Pengurusan Organisasi pada 12 hingga 14 Mac lepas di Pusat Rekreasi Air Panas, Ulu Legong, Baling.

Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS), Resident Assistant (RA), Sekretariat Exco dan Ketua-ketua Blok DPP TM.

Sepanjang kursus tersebut, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan hal-hal pengurusan organisasi.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Taklimat Tatacara Kewangan dan Pentadbiran Bersama Kakitangan DPP TM, Taklimat Kertas Kerja, Simulasi Pengurusan Projek, Simulasi Pengurusan Majlis, Permainan IQ, Jungle Trekking dan BBQ.

Pengetua DPP TM, Encik Faisal Zulhumadi amat berharap agar pengisian program itu memberi impak positif terhadap pelajar-pelajar terlibat bagi memandu mereka menjadi pemimpin pelajar yang dinamik dan produktif.

Program itu turut disertai oleh Pengetua DPP TM, Penolong-penolong Pengetua dan juga staf pentadbiran DPP TM.

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaya (UM) akan bekerjasama untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan bersama rakyat Kemboja dan Bangkok Februari tahun hadapan. Kolaboratif ini membabitkan Kolej Kediaman Ibnu Sina (KKIS) UM dan Dewan Penginapan Pelajar (DPP) TM UUM.

Pengarah Projek Rentas Sempadan KKIS UM, Ahmad Hafiz Kamaruddin, 27, berkata jalinan kerjasama itu bertujuan untuk menjalankan aktiviti kemanusiaan, pendedahan penjagaan kesihatan gigi, pemeriksaan kesihatan badan dan aktiviti kerohanian.

Katanya kedua-dua universiti bersetuju untuk menganjurkan secara bersama bagi memupuk semangat saling membantu antara mahasiswa kepada masyarakat Kemboja dan Bangkok.

“Kerjasama dan penganjuran aktiviti secara bersama dalam kalangan mahasiswa di negara ini  sudah menjadi kebiasaan tetapi penganjuran secara bersama di luar negara merupakan senario yang perlu diaktifkan oleh mahasiswa,” katanya ketika ditemui semasa mengunjungi delegasi DPP TM baru-baru ini.

Pelajar semester tujuh jurusan Mekanikal UM itu berharap jalinan kerjasama dan penganjuran seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

Dalam pada itu Pengarah Projek DPP TM, Mohd Sabree Ghazali berharap jalinan kerjasama dan perancangan yang diadakan ini akan membuahkan hasil dan menaikkan imej kedua-dua universiti bukan sahaja di negara ini malah di peringkat antarabangsa.

“Kami juga sedang mengusahakan pembabitan beberapa persatuan di kampus ini untuk menyertai program ini supaya matlamatnya tercapai,” katanya.

Pengetua KKIS UM, Prof Madya Dr Noor Zurani Md Haris, berkata program bersama dengan DPP TM merupakan langkah terbaik bukan sahaja dalam penganjuran program kebajikan dan merentas sempadan malah ia diharap menjadi jambatan bagi mengeratkan hubungan kedua-dua universiti menganjurkan secara bersama beberapa program lain pada masa akan datang.

Manakala Pengetua DPP TM, Faisal Zulhumadi mengalu-alukan kedatangan KKIS UM ke kampus ini dan bersedia menjalinkan kerjasama antara kedua-dua universiti ini.

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Pada 14 Januari 2016, telah diadakan satu Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Pengetua bertempat di Bilik Mesyuarat DPP TM. Majlis diadakan sebagai menghargai jasa dan bakti En. Faisal Zulhumadi sepanjang menjadi Pengetua Di DPP TM dari tahun 2013 hingga 2015. Selain itu, majlis juga meraikan pelantikan pengetua baharu DPP TM, Dr. Azizah Abdullah.

Warga DPP TM mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat maju jaya kepada En. Faisal Zulhumadi diatas sumbangan dan jasa beliau sepanjang memikul jawatan pengetua.
Kepada pengetua yang baharu dilantik, Warga DPP TM mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Dr. Azizah Abdullah. InshaAllah, kita akan bersama-sama membawa DPP TM ke puncak kejayaan.Sekian.

Page 2 of 3

Search

Contact Us

Inapan Siswa TM,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4413 / 4414
Fax : 04-928 4412
Emel: dpptmgroup[@]uum[dot]edu[dot]my

Operation Hour

Sunday - Wednesday:
8.00am - 5.00pm

Thursday:
8.00am - 3.30pm

Lunch Hour:1.00pm - 2.00pmClose: Friday , Saturday & Public Holiday

 

Visitor Counter

Today25
Yesterday30
This week105
This month543
Total2797