News

DPP TM ROAD SHOW 2016

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pada 12 Mac 2016 yang lalu, Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa DPP TM (JKPS DPP TM) telah menganjurkan Program Road Show DPP TM di Dewan DPP TM.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pengetua, Penolong-penolong Pengetua, Barisan JKPS, Resident Assistant dan Ketua Blok di DPP TM kepada semua pelajar terutamanya pelajar-pelajar baharu. Disamping itu, taklimat berkaitan tatatertib dan peraturan DPP juga turut diberikan kepada semua pelajar oleh Pengetua, Dr. Azizah Abdullah.

Program ini juga membuka peluang kepada pelajar-pelajar untuk merancang aktiviti yang mereka ingin sertai, memberi pendedahan terhadap program-program yang telah dirancang didalam almanak aktiviti pelajar untuk sepanjang semester.

Menurut Pengarah Program, Saudara Afiq Fahmi Setia Negara, program ini bukan sahaja untuk memperkenalkan barisan kepimpinan DPP TM kepada para pelajar, tetapi juga untuk menyalurkan pelbagai maklumat penting berkaitan peraturan DPP dan perancangan aktiviti pelajar.

Pengetua DPP TM, Dr. Azizah Abdullah dalam ucapannya berharap agar pelajar-pelajar DPP TM dapat memberikan kerjasama kepada setiap perancangan program yang akan dijalankan dan mengambil berat hal-hal berkiatan peraturan DPP dan Universiti umumnya.

Search

Contact Us

Inapan Siswa TM,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4413 / 4414
Fax : 04-928 4412
Emel: dpptmgroup[@]uum[dot]edu[dot]my

Operation Hour

Sunday - Wednesday:
8.00am - 5.00pm

Thursday:
8.00am - 3.30pm

Lunch Hour:1.00pm - 2.00pmClose: Friday , Saturday & Public Holiday

 

Visitor Counter

Today25
Yesterday30
This week105
This month543
Total2797